Jumaat, Julai 01, 2022

 Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah swt. Syukur atas keizinan-Nya, blog ini dapat diaktifkan semula. 

Sempena 1 Zulhijjah 1443 (bersamaan 1 Julai 2022) dikongsikan semangat 10 hari terbaik di bulan Zulhijjah .


Selasa, Februari 15, 2011

Ar Rasul - Kekasih Allah


Hari ini, sambutan Maulud Nabi 1432H, aku menghadiri ceramah kesihatan anjuran
Pertubuhan IKRAM negeri Perak.

Allah telah menitipkan t/jwb utk kita jaga
1) anggota badan kita
2) keluarga kita - suami, anak, saudara2....
3) masyarakat - jiran, kawan setugas, anak2 murid...

Adakah kita telah menjalankan t/jwb tersebut.....

Kurangkan stress/marah adalah satu cara penjagaan kesihatan yg baik.
Banyakkan solat malam dapat mengubat segala penyakit.

Sabtu, Oktober 30, 2010

Detik sesi bergambar di SMKGR




Antara Wajah-wajah Kesayangan

Inilah anak-anak murid ku dari kelas 5S1 dan 5K1.

Dalam sibuk menyelesaikan soalan-soalan latih tubi Matematik SPM,


Doa guru untuk kejayaan mereka...


sentiasa bertenaga, berkeyakinan dan ceria...


sentiasa berseri-seri dan penuh dengan rahsia kejayaan...


Diantara wajah-wajah yang diharapkan memperolehi "straight A+" dalam SPM 2010.


Wajah mereka yang tidak akan dilupakan....


...... yang diam tetapi berisi.....


.....guru marah kerana menyayangi mereka....


....moga kesungguhan akan berkekalan sehingga mereka keluar dari dunia persekolahan...



Kenangan terindah bersama 5K1 dan 5S1 .... 2 tahun bersama mereka.... kisah suka, duka, marah, geram, kelakar, kecewa, gembira, ceria, mengejutkan dan.......macam2 ada.

Apa yang pasti .... wajah2 ini kelak menjadi kenangan kepada guru mereka.....

Khamis, September 02, 2010

Siapakah AKU....?

Bersyukur, aku diberikan nikmat kesegaran di bulan Ramadhan kali ini.

Pada ketika ini, Aku dapat merasai yang sebenarnya aku adalah wanita yang mempunyai dunia yang berbagai2...

Duniaku...seorang pendidik yang menghampiri usia emas, sering tercabar....
1) berhadapan dengan murid yang berbagai kerenah so kena ada cara yang sesuai utk menarik perhatian para remaja dari berbilang kaum selama 80 minit dalam kelas.
2) kakitangan awam yang memerlukan dokumentasi so sentiasa elert dgn arahan, update fail dan maklumat
3) virtual learning utk Physics form 4 so kreatif utk update bahan supaya murid sentiasa access site yg disediakan...oll.smkgrians.com

Tetapi itu adalah dunia kerjaya, terlalu banyak masa ku habiskan untuknya...

Dunia sebagai hamba Allah, menuntut aku menjalankan tanggungjawab menyampaikan risalah ar Rasul ke seluruh alam....

Apakah aku layak menerima segala nikmat yang begitu banyak dari Allah swt... Apakah pulangan yang dapatku berikan kepada Nya....

Tidak selayaknya aku melarikan diri dari tugas yang aula... tidak sepatutnya aku serahkan tugasan ini kpd orang lain krn aku telah dipilih oleh Allah swt untk menyampaikan kebenaran ISLAM...

Wahai saudara-saudaraku, insafilah bahawa kematian akan datang pada bila2 masa shj....

Apakah sudah mencukupi bekalan yang akan dibawa di alam akhirat nanti???


Ahad, Ogos 29, 2010

Usia semakin bertambah

Alhamdulillah.... Jumaat lepas (27 Ogos) meningkat setahun lagi usiaku.
Sambut hari jadi di KL, dapat cincin, brooch dan jamuan buka puasa di Vistana Hotel KL bersama orang yang disayangi...terima kasih.

27 Ogos juga menceritakan genap setahun ibuku terkena serangan stroke... Alhamdulillah ibu telah pulih walaupun tidak sepenuhnya...aku bersyukur.

Setelah 3hari 2malam bercuti bersama keluarga menziarahi sahabat yang mengidap cancer paru-paru di Gleaneagles Hospital, menginap di Vistana Hotel Titiwangsa, Shopping di Jln TAR, Jln Masjid India, SOGO, menaiki LRT (nasib baik dapat tpt duduk), melintasai Lebuhraya Duke, shopping lagi di JJ Wangsa Maju...aduh, "chapek" tp happy. Lepas tu ziarah emak dikampung...sebelum masuk rumah shopping lg di BazarRamadhan....

Sampai rumah...sunyi, TV menayangkan perlawanan bola MU dan West Ham (ulangan)..

3 hari yang menggembirakan, tapi ada kerja yang sedang menanti di rumah......

Jumaat, Ogos 20, 2010

Percubaan SPM

Seronok rasanya dapat menulis kembali.
Ketika ini anak murid ku sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM kertas Matematik 2.
Tergambar diwajah mereka kesungguhan utk menjawab. Mereka selalu dipupuk dan diingati utk berusaha memperolehi A+ utk setiap kali peperiksaan Matematik.

Memang itu doaku utk mereka.......

Rabu, April 28, 2010

Soalan yang perlu dijawab...

Apa khabar iman anda hari ini?
Apa khabar kesihatan anda hari ini?

Apakah cerita yang menarik hari ini?
Apakah noktah-noktah penting yang berlaku di seluruh dunia hari ini?

Siapakah orang yang disakiti hari ini?
Siapakah orang yang meminta-minta hari ini?

Bagaimanakah keadaan keluarga kita di kampung hari ini?
Bagaimanakah keadaan saudara kita di Palestin hari ini?

Terlalu banyak soalan yang perlu di jawab.....
Terlalu banyak perkara yang difikirkan....

Terlalu banyak kewajiban yang perlu ditunaikan tetapi terlalu sedikit masa yang ada....

JANGAN BUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH...

~RENUNGAN~

Firman Allah swt;
Dan org2 yg apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka segera ingat kpd Allah lalu memohon keampunan bg dosa mereka. Tidak ada yg memberi keampunan dosa melainkan Allah & mereka tdk meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui. Orang2 yg demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dr Tuhan mereka & Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa buah sungai, mereka kekal di dalamnya, yg demikian itu adalah sebaik2 balasan terhdp org yg beramal.
Ali Imran : 135 - 136