Ahad, Ogos 29, 2010

Usia semakin bertambah

Alhamdulillah.... Jumaat lepas (27 Ogos) meningkat setahun lagi usiaku.
Sambut hari jadi di KL, dapat cincin, brooch dan jamuan buka puasa di Vistana Hotel KL bersama orang yang disayangi...terima kasih.

27 Ogos juga menceritakan genap setahun ibuku terkena serangan stroke... Alhamdulillah ibu telah pulih walaupun tidak sepenuhnya...aku bersyukur.

Setelah 3hari 2malam bercuti bersama keluarga menziarahi sahabat yang mengidap cancer paru-paru di Gleaneagles Hospital, menginap di Vistana Hotel Titiwangsa, Shopping di Jln TAR, Jln Masjid India, SOGO, menaiki LRT (nasib baik dapat tpt duduk), melintasai Lebuhraya Duke, shopping lagi di JJ Wangsa Maju...aduh, "chapek" tp happy. Lepas tu ziarah emak dikampung...sebelum masuk rumah shopping lg di BazarRamadhan....

Sampai rumah...sunyi, TV menayangkan perlawanan bola MU dan West Ham (ulangan)..

3 hari yang menggembirakan, tapi ada kerja yang sedang menanti di rumah......

Jumaat, Ogos 20, 2010

Percubaan SPM

Seronok rasanya dapat menulis kembali.
Ketika ini anak murid ku sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM kertas Matematik 2.
Tergambar diwajah mereka kesungguhan utk menjawab. Mereka selalu dipupuk dan diingati utk berusaha memperolehi A+ utk setiap kali peperiksaan Matematik.

Memang itu doaku utk mereka.......

~RENUNGAN~

Firman Allah swt;
Dan org2 yg apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka segera ingat kpd Allah lalu memohon keampunan bg dosa mereka. Tidak ada yg memberi keampunan dosa melainkan Allah & mereka tdk meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui. Orang2 yg demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dr Tuhan mereka & Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa buah sungai, mereka kekal di dalamnya, yg demikian itu adalah sebaik2 balasan terhdp org yg beramal.
Ali Imran : 135 - 136