Isnin, Ogos 03, 2009

Jatuh juga akhirnya....

Syruuuutttt......bum.....aahhhhhhh....astaghfirullah halazim[beberapa kali]...



Itulah pengalaman yang menyakitkan....keluar juga airmata....jatuh di dapur. Hajat nak pergi kenduri kahwin [2 rumah]...... cancelled..

Kalau tergelincir.... patutnya kaki atau punggung yang sakit..... tapi ni...tangan yang sakit pulak.... Kononnya nak tampung badan, terlupa tangan tu tulangnya lembut dan halus....

Dapatlah cuti 2 hari dari Hospital Pantai Puteri......Doktor kata "Right wrist soft tissue injury"....

Kesian kat embah.... dia pulak rasa bersalah...sebab tumpahkan air atas lantai.....

Rabu, Julai 29, 2009

ISO, PEKA FIZIK, ANAK2 MURIDKU DAN H1N1...

Alhamdulillah, lega sikit..... hampir 3 minggu bergerak kesana kemari untuk melengkapkan semua fail2 yang ada...

ISO ... 27 Julai.... Dapat teguran dari audit JPN, memanglah sedih... apa x nya selepas pulun betul2 lengkap dokumentasi...... masih ada pemerhatian.....

3 ogos nanti dengarlah komen dari Bos2 kat atas tu....

PEKA FIZIK .... fail mesti lengkap, dengarnya Sept ni ada pelawat dari Lembaga Peperiksaan utk check PBS (pentaksiran berdasarkan sekolah)... Ok atau tak.... dokumentasi lagi....

SILIBUS F5 mesti settle Jul ni.... nampaknya terpaksa berhutang dgn anak2 murid ku, sorry,...apa nak buat.... nak kejar laju2 nanti tak faham.... latihan WAJA pun tak siap2 juga....


H1N1,.... kesian budak asrama kena balik seminggu, maknanya 4 hari depa tak belajar.... Kena kejar silibus lagi.....

Jumaat, Julai 17, 2009

Cikgu dulu Engineer? .....soal muridku...

Prinsipku mudah.... setiap detik yang ku lalui mestilah ada matlamatnya. Aku adalah pengembara di bumi Tuhan. Akan ku kutip setiap apa yang ku temui sebagai bekalanku ke alam yang abadi.

Sebagai guru yang mengajar Fizik, aku berusaha berkongsi ilmu dengan anak muridku. Akan ku usahakan sehingga mereka memahami setiap apa yang kuucapkan. Dan aku gembira serta bersyukur sekiranya mereka dapat memahaminya.
Aku mengajar supaya mereka memerhatikan sekitar alam, kejadian Ilahi, penciptaan Ilahi disamping menyaksikan penciptaan manusia.

Jika manusia bisa menaikkan dan menurunkan kapalterbang dengan begitu mudah, jika manusia boleh berhubung melalui "fiber optic", jika manusia menerima maklumat beribu km dalam sekelip mata, jika manusia bisa menukarkan peristiwa sejarah lama dalam bentuk digital......

Tidakkah Allah swt Maha Mengetahui segalanya..... Dia sendiri adalah Pencipta manusia. Sudah pasti akan dikumpul segala sejarah hidup ku dan akan dipaparkan di skrin pada Hari Kebangkitan nanti.

Natijah dari cara aku mengajar, muridku pun bertanya ...

"Cikgu ni dulu engineer ke?"

"Tidak,......saya adalah guru dari mula Tahun 1 di universiti sehingga hari ini..." Jawab ku dengan senyuman yang bermakna.

.....dan aku tahu mereka memahami apa yang aku terangkan kepada mereka ketika di dalam kelas...

Alhamdulillah...

Ahad, Julai 12, 2009

Kaya dan miskin, senang dan susah


Kenangan ketika ziarah Hari Raya 2007 di rumah salah seorang emak saudara di TI.


Tahun ini (2009), keadaan rumah ini semakin teruk. Dindingnya mereput, berayun dek angin yang bertiup kencang. Lantainya akan berbunyi apabila dipijak, bagaikan mengaduh kesakitan dek usia yang lanjut.


Redha dengan rezeki yang ada.... tak disangka rumah ini melanggan siaran TV berbayar setiap bulan.

Aku bertanya.... apakah erti hidup ini? .... setiap hari aku membaca dalam solat "sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah swt...."
Adakah cukup dengan santapan hiburan.... adakah cukup dengan mengisi perut yang kosong.... adakah itu sahaja sudah mencukupi....
"Wahai org yg beriman, jgnlah kamu haramkan benda2 yg baik2 yg telah dihalalkan oleh Allah bg kamu, dan jgnlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak suka kpd org yg melampaui batas. Dan makanlah drpd rezeki yg telah diberikan Allah kpd kamu, dlm keadaan halal lagi baik." al Maidah 87-88

Selasa, Jun 30, 2009

3 lelaki penting dalam hidupku

Wahai anak-anak ku,

Kini kau dewasa. Riang tawa mu, membuatku rasa tenang. Senyummu yang ceria, menghilangkan segala penat lelahku. Suara mu yang manja, memberikan semangat untuk aku terus melaksanakan tanggungjawab ku. Luahan beban dihatimu, menambahkan keyakinanku berdoa kepada Ilahi.

Ketika usiamu sebegini, akan terserlahlah ciri-ciri kewanitaanmu. Ketika ini akan banyak mata-mata lelaki yang memerhatikan keletahmu. Dan sudah pastinya ketika ini kau mula merasakan ingin dicintai, ingin dimiliki, ingin dikasihi oleh orang yang bernama lelaki.

Anak-anakku,

Sekiranya bisa ku kutip kepulan-kepulan awan di langit biru, kuikat, kusimpul, akan kubawa ke gurun kontang, sudah pasti aku dapat memberikan hujan kepada mereka yang memerlukannya.... Tapi adakah aku mampu melakukannya.......

Sekiranya bisa ku kutip setiap memori sejarah cintaku, kususun, kusimpan kemas dalam album kenangan indahku, ku persembahkan kepadamu, aku pasti dapat memberikan satu panduan dalam hidupmu....Tapi adakah aku mampu memahamkanmu.....

Anak-anakku,

Aku kenali orang yang bernama lelaki serentak aku mengenali dunia ini. Dia... lelaki pertama yang bertakhta di hatiku. Dia... mendidikku erti hidup di awal tahun 60an. Dia.. tempat aku mencurah kasih, tempat aku bergantung hidup. Tidak pernah aku merasa sedih apabila berada disisinya. Tidak pernah ku rasa takut tika bersamanya. Dia mengajar aku erti kemewahan, dia mengajar aku erti kesusahan, dia mengajar aku erti kemiskinan, ia mengajar aku erti kesenangan, dia mengajar aku erti persaudaraan, dia mengajar aku erti kesyukuran.

Tetapi cintaku yang pertama ini hanya bertahan selama 12 tahun. Tidak pernah kulupa pada Ramadhan tahun itu, aku tidak lagi dapat berbuka puasa dengannya, pada Syawal tahun itu, tiada lagi ketupat dan rendang untuk ku makan bersama dengannya.

Dia telah menyahut panggilan Ilahi. Ya Allah, aku redha apa yang telah Kau berikan. Aku anak tanpa kasih sayang seseorang yang bernama ayah tetapi.....tidak pernah sekelumit pun aku merasa kekurangan ini kerana dadaku masih penuh dengan kasih sayangnya, memori indah bersamanya masih hangat dalam ingatanku....

Pernah ku bertanya kepada ibu, apakah keistimewaan lelaki ini? Ibu berkata, dialah seorang lelaki yang tidak pernah memarahi anak-anaknya. Aku adalah anak yang paling dimanjai kerana aku adalah anaknya yang terakhir.

Anak-anakku,

Kasih sayangku kepada lelaki beralih kini kepada orang yang kedua. Dia mengajarku erti ketegasan, mengajar aku erti persaudaraan, mengajar aku erti pengorbanan dan mengajar aku erti keseriusan. Kasih sayang bukan untuk dilafaz dan diperkatakan, kasih sayang lebih kepada perbuatan dan amalan. Ketiadaan suara bukan bererti pekak atau bisu. Senyap dan sunyi bukan bererti tiada interaksi.

Dia... mengajarku menguruskan harta pewarisan...tanah pertanian, mengajarku erti menjaga maruah kekeluargaan, walaupun dia menyedari terkadang tugasnya sebagai ketua keluarga sering dipersoalkan. Dia...menunjukkan contoh sebagai penjawat awam yang berdedikasi, tanpa mengharapkan sebarang penghargaan. Dia menjadi wali ketika aku bertemu lelaki ketiga dalam hidupku. Tapi kini lelaki itu, telah tiada lagi. Perginya bersama rahasia diri yang terpendam tidak diketahui, ketika kami masih memerlukan bimbingannya, ketika banyak tugasan belum dapat diselesaikan.

Pergimu ditangisi, tangisan sedih dari satu sudut hati kecil, belum sempat kubalas segala sumbangan dan bimbingan... kau yang bernama abang pergi mengikut ayah mengadap Ilahi tetapi aku meredhainya dan percayalah tugasmu akan kuteruskan hingga keakhirnya.....

Ahad, Jun 28, 2009

Dimanakah mereka?




Guru-guru SMKGR






"Assalamualaikum semua!". Tanpa berlengah semua anak muridku menjawab salam dengan wajah ceria dan terus duduk dengan tenang di atas kerusi di dalam bilik Multimedia PSS SMKGR. Aku tahu mereka semua gembira kerana hari ini lain dari hari biasa, di dalam kelas, susunan meja yang klasik seperti yang dikisahkan oleh cerita P Ramlee (Cikgu Shaari).

"Hari ini Cikgu nak ajar apa?". Itulah soalan pertama yang dikemukakan oleh seorang murid perempuan. Hairan kenapa cikgunya lain hari ini.

"Begini...... siapa di sini yang kurang berminat untuk belajar?" Aku memulakan pelajaran untuk hari ini bagi tempoh 2 waktu.

Sebagai seorang guru, di zaman yang penuh dengan pancaroba ini, aku perlu mencari idea untuk mengambil hati anak muridku. Pengalaman lebih kurang 19 tahun berhadapan dengan anak-anak remaja dalam suasana formal memerlukan kreativiti yang tinggi kerana aku perlu mengajar dan mendidik mereka supaya menjadi manusia berguna di masa akan datang.

Seorang guru bukan sekadar untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan, bukan juga sekadar memastikan anak muridnya mendapat A setiap kali ujian atau peperiksaan.

"Untuk pengetahuan semua.... saya ada seorang sahaja anak secara biologi, tetapi ketika ini awak semua adalah anak-anak saya.. Saya akan mendidik dan mengajar awak semua seperti saya mengajar anak saya sendiri. Tak kira awak suka atau tidak, saya akan pastikan tanggungjawab ini saya laksanakan dengan sepenuh hati." Pada ketika ini semua murid dalam kelas tersebut memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap baris perkataan yang keluar dari dua bibirku.

Aku sangat gembira mengajar dan mendidik anak-anak remaja kini, Aku sentiasa berdoa semoga mereka akan menjadi insan berguna di masa akan datang.

~RENUNGAN~

Firman Allah swt;
Dan org2 yg apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka segera ingat kpd Allah lalu memohon keampunan bg dosa mereka. Tidak ada yg memberi keampunan dosa melainkan Allah & mereka tdk meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui. Orang2 yg demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dr Tuhan mereka & Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa buah sungai, mereka kekal di dalamnya, yg demikian itu adalah sebaik2 balasan terhdp org yg beramal.
Ali Imran : 135 - 136