Sebagai guru yang mengajar Fizik, aku berusaha berkongsi ilmu dengan anak muridku. Akan ku usahakan sehingga mereka memahami setiap apa yang kuucapkan. Dan aku gembira serta bersyukur sekiranya mereka dapat memahaminya.
Aku mengajar supaya mereka memerhatikan sekitar alam, kejadian Ilahi, penciptaan Ilahi disamping menyaksikan penciptaan manusia. Jika manusia bisa menaikkan dan menurunkan kapalterbang dengan begitu mudah, jika manusia boleh berhubung melalui "fiber optic", jika manusia menerima maklumat beribu km dalam sekelip mata, jika manusia bisa menukarkan peristiwa sejarah lama dalam bentuk digital......
Tidakkah Allah swt Maha Mengetahui segalanya..... Dia sendiri adalah Pencipta manusia. Sudah pasti akan dikumpul segala sejarah hidup ku dan akan dipaparkan di skrin pada Hari Kebangkitan nanti.
Natijah dari cara aku mengajar, muridku pun bertanya ...
"Cikgu ni dulu engineer ke?"
"Tidak,......saya adalah guru dari mula Tahun 1 di universiti sehingga hari ini..." Jawab ku dengan senyuman yang bermakna.
.....dan aku tahu mereka memahami apa yang aku terangkan kepada mereka ketika di dalam kelas...
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan