Khamis, September 02, 2010

Siapakah AKU....?

Bersyukur, aku diberikan nikmat kesegaran di bulan Ramadhan kali ini.

Pada ketika ini, Aku dapat merasai yang sebenarnya aku adalah wanita yang mempunyai dunia yang berbagai2...

Duniaku...seorang pendidik yang menghampiri usia emas, sering tercabar....
1) berhadapan dengan murid yang berbagai kerenah so kena ada cara yang sesuai utk menarik perhatian para remaja dari berbilang kaum selama 80 minit dalam kelas.
2) kakitangan awam yang memerlukan dokumentasi so sentiasa elert dgn arahan, update fail dan maklumat
3) virtual learning utk Physics form 4 so kreatif utk update bahan supaya murid sentiasa access site yg disediakan...oll.smkgrians.com

Tetapi itu adalah dunia kerjaya, terlalu banyak masa ku habiskan untuknya...

Dunia sebagai hamba Allah, menuntut aku menjalankan tanggungjawab menyampaikan risalah ar Rasul ke seluruh alam....

Apakah aku layak menerima segala nikmat yang begitu banyak dari Allah swt... Apakah pulangan yang dapatku berikan kepada Nya....

Tidak selayaknya aku melarikan diri dari tugas yang aula... tidak sepatutnya aku serahkan tugasan ini kpd orang lain krn aku telah dipilih oleh Allah swt untk menyampaikan kebenaran ISLAM...

Wahai saudara-saudaraku, insafilah bahawa kematian akan datang pada bila2 masa shj....

Apakah sudah mencukupi bekalan yang akan dibawa di alam akhirat nanti???


~RENUNGAN~

Firman Allah swt;
Dan org2 yg apabila ia melakukan perbuatan keji atau menganiayai diri mereka sendiri, mereka segera ingat kpd Allah lalu memohon keampunan bg dosa mereka. Tidak ada yg memberi keampunan dosa melainkan Allah & mereka tdk meneruskan perbuatan keji itu sedang mereka mengetahui. Orang2 yg demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dr Tuhan mereka & Syurga yg mengalir di bawahnya beberapa buah sungai, mereka kekal di dalamnya, yg demikian itu adalah sebaik2 balasan terhdp org yg beramal.
Ali Imran : 135 - 136